Tuesday, January 31, 2012

Hypothyroidism

Assalamualaikum.

Lama rasanya aku tak update blog ni. Alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan pada 21hb Jan yang lalu.. kami satu keluarga sungguh seronok dengan kehadiran seorang cahaya mata yang sangat comel. Tapi kasihan pada anak kami, dia mungkin menghidap penyakit hypothyroidism yang mana agak merunsingkan kepala kami. Menurut apa yang aku baca dalam wikipedia, anak aku mungkin terpaksa bergantung kepada ubat setiap hari sepanjang hayatnya untuk menampung kekurangan hormon thyroid t4. Hari isnin lepas kami dah rujuk anak kami kepada Hospital Sg Buloh dan sedang menunggu keputusan ujian TSH (ujian yang pertama telah dibuat semasa anakku lahir). Aku berdoa agar ujian yang pertama merupakan false-positive, Insyaallah.

No comments:

Post a Comment