Tuesday, January 31, 2012

Hypothyroidism

Assalamualaikum.

Lama rasanya aku tak update blog ni. Alhamdulillah anak aku selamat dilahirkan pada 21hb Jan yang lalu.. kami satu keluarga sungguh seronok dengan kehadiran seorang cahaya mata yang sangat comel. Tapi kasihan pada anak kami, dia mungkin menghidap penyakit hypothyroidism yang mana agak merunsingkan kepala kami. Menurut apa yang aku baca dalam wikipedia, anak aku mungkin terpaksa bergantung kepada ubat setiap hari sepanjang hayatnya untuk menampung kekurangan hormon thyroid t4. Hari isnin lepas kami dah rujuk anak kami kepada Hospital Sg Buloh dan sedang menunggu keputusan ujian TSH (ujian yang pertama telah dibuat semasa anakku lahir). Aku berdoa agar ujian yang pertama merupakan false-positive, Insyaallah.

Friday, January 6, 2012

ASB oh ASB

Assalamualaikum.

Tora datang lagi! Pagi tadi sempat keluar gi Maybank Setia Alam, buat pengeluaran ASB.. Alhamdulillah ada jugak duit lebih untuk aku standby bini aku bersalin nanti.. manalah tau kot-kot kena C-section ke ape ke kan susah tu?

Lepas keluar duit ASB aku gerak pergi Sunway Pyramid. Nape? Bukan nak enjoylah adoinyepun.. tapi sebab nak letgo iPod Touch kesayangan aku.. Sedih sebab terpaksa jual tapi pada masa yang sama happy sebab dapat lupus barang yang dah outdated ni.. Haha. Anyway, dapatlah RM200 untuk aku kumpul sekali ngan ASB aku ni.

Bini aku mungkin bersalin minggu depan atau minggu lagi satu kot, tapi sekarang ni belum ada tanda-tanda lagi ni.

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum.

Selamat menyambut tahun baru 2012. Entry ni lambat sikit sebab aku baru balik dari rumah mak mertuaku. Biasalah, menantu mithali kenalah balik selalu.. Haha. Takdelah, sebenarnya aku rindu kat anak buah aku Tina yang baru berumur 8 bulan. Seronok tengok keletah dia walaupun dia sombong ngan aku. Kadang-kadang geram jugak sebab dia ni tak pandai duduk dia pastu dah pandai jerit-jerit. Haha..

Saturday, December 31, 2011

Nak Jadi Bapak

Assalamualaikum.

Dalam lebih kurang 2 minggu lagi aku akan jadi bapak.. tak sabar betul rasanya nak timang anak yang pertama. Mak aku pulak tak sabar-sabar nak tengok cucu dia. Hari tu masa aku balik kampung, dia cerita kat aku yang dia geram tengok gambar baby tembam-tembam. Dia rasa geram nak cubit-cubit aje. Haha. Habisla anak aku..

Hal nak jadi bapak ni aku tak tahu nak expect ape.. sebab inilah pengalaman aku yang pertama. Aku harap dapatlah jadi bapak yang baik dan boleh didik anak jadi orang berguna. Masa ni lah aku terkenang balik susah payah mak bapak aku nak besarkan aku yang degil nak mampos ni.. Kalau sesapa saje yang terbaca entry ini, nasihat aku janganlah kurang ajar dengan mak bapak, tak berbaloi langsung dengan keseronokan yang sekejap tu.

OK. Chow!

Wednesday, December 28, 2011

Menang Lagi Mamat Nie..

Assalamualaikum.

Aduyai.. menang lagi.
Aritue menang, dapat iPod Nano.
Tak lama dulu menang tiket wayang citer pe tah.
Bulan lepas menang tiket Sunway Lagoon.
Baru-baru ni, makan ayam, menang iPad.
Semalam menang makan Subway. Ni tak menang, dia beli sendiri.
Tadi menang lagi boh! Dapat kalendar.

Sape lagi? Adik aku ler, asyik menang contest!

Ibu Moden

Assalamualaikum.

Ini bukan iPad emak aku
Ni aku nak kisahkan pasal ibu aku yang tersayang.. Mak aku ni umurnya dah 50-an dan bakal jadi nenek dah tapi ada iPad beb.. Walaupun dia baru nak belajar guna tapi seronok jugak la tengok dia godek-godek apps kat dalam tu. Favorite game dia adalah puzzle game Unblock Me,.. sape-sape yang pkai iphone dan yang sewaktu dengannya tau la kan?

Memang aku ada niat nak hadiahkan iPad kat dia tapi adik aku mendahului abangnye ini.. Alhamdulillah, dah rezeki dia menang iPad sebab makan ayam A1. Tujuan aku nak bagi iPad ni sebab senang nak contact-contact, call guna Viber atau Skype free aje kan... leh borak lama-lama sebab aku ni jenis tak puas cakap kejap je ngan bonda tersayang. Dah la aku ni duk kat Puncak Alam, 250+ km dari Balok tau tak?! Kalau takat 25km hari-hari aku balik jenguk dia.

Tuesday, December 27, 2011

Aku ada belog..

Welkam Assalamualaikum.

Ni la entry pertama dalam blog aku ni.. dah lama rasanya tak menulis. Dulu aku penah ada blog, masa tu tahun 2003 tapi dah malas nak maintain so stop aje la. Skang ni tengok memember kat opis ni masing-masing dah ada blog, semangat nak ber-blog tu tiba-tiba datang plak. Aiseh.